Categories: Terkini

Pertandingan “Sembang Hak Asasi Manusia”

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menjemput anda untuk menyertai pertandingan “Sembang Hak Asasi Manusia” yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pertandingan ini terbuka kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah selian KPM dengan tema “Peranan Keluarga Dalam Memupuk Semangat Perpaduan Kaum”.

Tarikh akhir penyertaan adalah pada 31 Julai 2023.

Ayuh bersama sertai pertandingan ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik!

Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, borang penyertaan dan kriteria pemarkahan boleh di muat turun di pautan:

a. Tema pertandingan ‘Sembang Hak Asasi Manusia’ ini adalah “Peranan Keluarga Dalam
Memupuk Semangat Perpaduan Kaum”.
b. Pertandingan adalah terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah yang
sedang menuntut di sekolah bawah seliaan KPM sepanjang tempoh pertandingan
dijalankan.
c. Pertandingan ini mempunyai dua kategori iaitu kategori sekolah rendah dan kategori
sekolah menengah. Peserta mestilah tergolong dalam salah satu kategori yang
dipertandingkan.
d. Tarikh bagi pertandingan adalah bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2023.
e. Setiap penyertaan/kumpulan mestilah terdiri daripada 2 hingga 4 orang murid.
Penyertaan yang tidak mengikut jumlah peserta yang ditetapkan akan dianggap terbatal.
f. Penyampaian adalah dalam Bahasa Melayu sahaja.
g. Tajuk sembang hak asasi manusia yang disampaikan mestilah menepati tema yang telah
ditetapkan.
h. Format pertandingan adalah dalam bentuk rakaman video

Untuk maklumat lanjut pertandingan, sila layari : LAMAN RASMI

admin

Recent Posts

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

19 hours ago

PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

MAKLUMAT PROGRAM Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu).Tempoh Penyertaan: 10 Ogos…

19 hours ago

PERTANDINGAN MENCIPTA KOMIK DIGITAL

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai…

1 week ago

PERADUAN PRODUK ZUS

TEMPOH : 03/08/2026 - 27/09/2026 Cara penyertaan : Pembelian minimum RM10 produk ZUS dalam satu…

1 week ago

Pertandingan Pantun DRB-HICOM Bersama Harian Metro

Penganjuran edisi kedua ini adalah usaha sama strategik antara akhbar Harian Metro dan konglomerat automotif…

1 week ago

Popular K-Drama All-Time Favorite

Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…

4 weeks ago