Categories: Terkini

Pertandingan Penulisan Perpaduan

Naskhah “Kita” bersama Kerajaan Selangor, Wanita Berdaya Selangor, Akedemi Wanita Selangor sedang menganjurkan Naskah Kita.

Tema yang dipilih ialah PERPADUAN.

Nukilkan segala bentuk penulisan dan karya kreatif anda kepada kami bermula 22 Januari 2023 sehingga 20 Februari 2023.

Kami mengalu-alukan penyertaan berkumpulan berlainan etnik sebagai tanda perpaduan anda!

Siapa nak daftar penyertaan boleh daftar di sini:

Syarat Penyertaan:

  • Pertandingan penulisan manuskrip kreatif perpaduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berusia 12  hingga 35 tahun. Kategori 1: 12 – 25 Tahun dan Kategori 2: 25 – 35 Tahun
  • Penyertaan boleh dilakukan secara individu dan berkumpulan maksimum 2 orang. Penyertaan berkumpulan mewakili pelbagai kaum akan mendapat sehingga 5% markah bonus daripada juri.
  • Karya wajib menggunakan Bahasa Melayu
  • Penyertaan boleh berupa karya asli kreatif bergambar, berbentuk antologi, koleksi hasil kerja kreatif, novella atau bentuk kreatif tersendiri namun hendaklah membawa mesej perpaduan dalam konteks Malaysia atau antarabangsa.
  • Penyertaan hendaklah diserahkan dalam bentuk cetak selewat-lewatnya pada 20 Februari 2023 ke alamat berikut : 807, Batu 1, Jalan Kota Raja, 41000, Klang, Selangor (Attn: Hana)
  • Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan naskhah.
  • Segala surat menyurat tidak akan dilayan. Keputusan juri adalah muktamad.

PENULISAN KREATIF YANG DIPILIH*

  • Antologi Cerpen
  • Penulisan Puisi
  • Novel
  • Koleksi Hasil Kerja Kreatif
  • Karya Hasil Kreatif Bergambar
  • Bentuk Kreatif Tersendiri
  • Lain-lain

Sebarang pertanyaan, boleh disalurkan kepada penganjur.

Anda boleh menghubungi nombor telefon yang tertera di poster.

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

7 days ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

7 days ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

7 days ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago