Categories: Terkini

Pertandingan Ayuh Pantun

Tarikh penyertaan: 27 Oktober 2022 sehingga 2 November 2022

TERBUKA KEPADA SEMUA REMAJA DI MALAYSIA YANG BERUMUR ANTARA 15 HINGGA 21 TAHUN

Bersempena sambutan Dekad Membaca Kebangsaan 2022, Pusat Sumber K-KOMM dengan julung kalinya menganjurkan Pertandingan Ayuh Pantun dengan penampilan khas Tiktoker Zhiddin Aziz. Pertandingan ini dianjurkan bagi menarik minat generasi muda khasnya remaja untuk mencintai bahasa dan membudayakan pantun yang telah menjadi tradisi sejak temurun.

Ayuh! Balas Pantun (https://www.facebook.com/pstsumberkkmm/videos/670205157853876/) yang dialunkan oleh @zhiddinaziz dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Tarikh penyertaan: 27 Oktober 2022 sehingga 2 November 2022

Untuk syarat dan panduan penyertaan, klik pautan https://forms.gle/HjfQHDko7jevKDCx7 atau imbas kod QR yang tertera pada poster.

PANTUN NASIHAT
Jangan dilurut padi muda,
Padi muda dibawa ke barat;
Jangan diturut hati muda,
Hati muda membawa larat.

PANTUN PERIBAHASA
Daging punai dalam dulang,
Kasi makan Datuk Temenggung;
Jangan bawa resmi udang,
Ekor berdetik tahi dijunjung.

Ayuh! Balas jangan tak balas
Kami sedia menunggu balasan

Jangan lupa tag kami juga.
Fb: PUSAT SUMBER KKMM
IG & TIKTOK: pusatsumberkkmm_rasmi

#AyuhPantunKKOMM

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

1 month ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

1 month ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

1 month ago

PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

MAKLUMAT PROGRAM Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu).Tempoh Penyertaan: 10 Ogos…

1 month ago

PERTANDINGAN MENCIPTA KOMIK DIGITAL

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai…

2 months ago

PERADUAN PRODUK ZUS

TEMPOH : 03/08/2026 - 27/09/2026 Cara penyertaan : Pembelian minimum RM10 produk ZUS dalam satu…

2 months ago