Categories: Terkini

Pertandingan Seni Lukis Terbuka 2022

Pertandingan Seni Lukis Terbuka Pulau Pinang 2022 โ€œKEBEBASANโ€

๐˜ผ๐™ง๐™ฉ ๐™ž๐™จ ๐™ฃ๐™ค๐™ฉ ๐™ฌ๐™๐™–๐™ฉ ๐™ฎ๐™ค๐™ช ๐™จ๐™š๐™š, ๐™—๐™ช๐™ฉ ๐™ฌ๐™๐™–๐™ฉ ๐™ฎ๐™ค๐™ช ๐™ข๐™–๐™ ๐™š ๐™ค๐™ฉ๐™๐™š๐™ง๐™จ ๐™จ๐™š๐™š

Jom sertai Pertandingan Seni Lukis Terbuka Pulau Pinang 2022 yang bertemakan ๐™๐™ง๐™š๐™š๐™™๐™ค๐™ข / ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป. Jangan lepaskan peluang ini.

โ€œKEBEBASANโ€: hantarkan karya berdasarkan kepada interpretasi anda terhadap tema ini. Penyertaan adalah terbuka kepada interpretasi yang luas dan pandangan yang berkaitan dengan tema tersebut.

Syarat dan Peraturan
1.ย  Para peserta mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
2.ย  Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan peserta bukan warganegara yang tinggal di Malaysia sepanjang tempoh pertandingan (bukti alamat tempat tinggal adalah diperlukan).
3.ย  Pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu:
ย  ย  a. Fotografi
ย  ย  b. Karya 2D (lukisan, catan dan yang berkaitan)
ย  ย  c. Karya 3D (arca, seramik, instalasi dan yang berkaitan)
ย  ย  d. Media Baru (video, animasi dan yang berkaitan)
4.ย  Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar sebanyak dua (2) buah karya sahaja (maksima). Para peserta boleh memilih untuk menghantar setiap karya penyertaan untuk mana-mana kategori.
5.ย  Karya mestilah asli serta tidak pernah menyertai Pertandingan Seni Lukis Terbuka Pulau Pinang atau sebarang pertandingan lain atau dipamerkan dalam sebarang pameran seni tampak di dalam atau di luar negara.
6.ย  Karya mestilah yang terkini iaitu dihasilkan pada tahun 2022.
7.ย  Karya kolaborasi/ berkumpulan adalah tidak diterima.
8.ย  Penyertaan adalah percuma. Peserta mestilah bertanggungjawab untuk mengurus dan menanggung segala kos penghantaran karya pergi ke dan balik dari galeri.
9.ย  Kesemua karya mestilah dituntut semula dalam masa seminggu selepas tempoh pameran tamat. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan sekiranya karya tersebut tidak dituntut selepas tamat tempoh tuntutan semula.
10.ย  Penganjur berhak membuat reproduksi karya bagi tujuan pemasaran, publisiti atau promosi.
11.ย  Penganjur berhak meminda atau membatalkan apa-apa jua syarat pertandingan ini termasuk hadiah pertandingan tanpa notis terdahulu.
12.ย  Pemenang pertandingan ini akan dimaklumkan menerusi surat rasmi/ email / telefon.
13.ย  Kesemua karya yang menyertai pertandingan ini adalah untuk dijual. Pihak penganjur akan mengambil komisyen sebanyak 15% bagi setiap karya yang dijual sepanjang tempoh pameran berlangsung.

Penghantaran maklumat hanya melalui Compact Disk (CD) ATAU dimuat naik pada pautan Google Form berikut.
https://forms.gle/p5WfPG1skKGtQ3JA7

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hantar email kepadaย fairudz@penangmuseum.gov.my,ย ย syazwan@penangmuseum.gov.my, shafiq@penangmuseum.gov.myย atau telefon di talian 04-2616466.

Pameran Pertandingan Seni Lukis Terbuka Pulau Pinang akan berlangsung pada bulan Mac 2023. Kesemua karya mestilah sampai di alamat pihak penganjur pada atau sebelum 08 Disember 2022 (Khamis), jam 5.00 petang seperti berikut:

Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang
Aras Bawah, Dewan Sri Pinang
10200 Lebuh Light
George Town, Pulau Pinang

HADIAH
Hadiah Pemenang Utama = RM15,000.00 + Sijil Penyertaan.
Pemenang Hadiah Utama akan diberikan peluang untuk mengadakan pameran solo di BSLNPP.
Karya pemenang akan menjadi Koleksi Tetap BSLNPP.

Hadiah Pemenang Kategori x 4 pemenang (Seorang Pemenang bagi setiap kategori) = RM3,000.00 + Sijil Penyertaan.
Karya pemenang akan menjadi Koleksi Tetap BSLNPP.

Semua peserta yang karyanya terpilih untuk pameran akan menerima Sijil Penyertaan.

Ayuh semua! Klikย https://forms.gle/hyYHuyzAwY1RtXAZ7

Semoga berjaya!

admin

Recent Posts

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

18 hours ago

PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

MAKLUMAT PROGRAM Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu).Tempoh Penyertaan: 10 Ogos…

18 hours ago

PERTANDINGAN MENCIPTA KOMIK DIGITAL

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai…

1 week ago

PERADUAN PRODUK ZUS

TEMPOH : 03/08/2026 - 27/09/2026 Cara penyertaan : Pembelian minimum RM10 produk ZUS dalam satu…

1 week ago

Pertandingan Pantun DRB-HICOM Bersama Harian Metro

Penganjuran edisi kedua ini adalah usaha sama strategik antara akhbar Harian Metro dan konglomerat automotif…

1 week ago

Popular K-Drama All-Time Favorite

Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…

4 weeks ago