Categories: Terkini

Pertandingan Reka Cipta Maskot

Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia untuk menyertainya secara individu.

 Tema Reka Bentuk Maskot RTMKLIK : DIGITAL

  • Setiap reka bentuk harus mempunyai elemen digital
  • Tidak melanggar sensitiviti agama, bangsa dan negara.

Tempoh pertandingan : 3-24 Februari 2022

Rekaan mestilah ASLI dan tidak meniru mana-mana maskot tempatan mahupun dari luar negara.

Setiap penyertaan haruslah disertakan dengan nama maskot dan justifikasi pemilihan maskot tersebut.

Penyertaan hendaklah dihantar dalam format Adobe Illustrator (AI) & PNG melalui e-mel maskotrtmklik@gmail.com  sebelum atau pada 24 Februari 11.59 malam.

Sertakan  :-

  • Nama :
  • Alamat :
  • No Tel :
  • Justifikasi Reka Bentuk :

Pihak RTM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta maskot tersebut.

Setiap penyertaan akan menjadi hak milik RTM dan berhak untuk mengubahsuai reka bentuk maskot.

Pihak RTM berhak menggunakan semua reka bentuk yang dipertandingkan untuk tujuan pengiklanan dan promosi serta lain-lain tujuan tanpa kebenaran ataupun bayaran kepada peserta.

Penyertaan yang tidak memenuhi kriteria tidak akan di ambil kira.

Sekiranya terdapat persamaan dalam reka bentuk maskot yang dihantar, peserta yang terlebih dahulu menghantar penyertaan dengan justifikasi yang lengkap akan diangkat sebagai pemenang.

Keputusan pertandingan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

RTM berhak meminda sebarang syarat pertandingan tanpa notis awal.

Peserta dianggap bersetuju dengan setiap terma dan syarat pertandingan yang telah ditetapkan untuk setiap penyertaan.

Hadiah untuk dimenangi

Tempat Pertama

Wang Tunai RM800.00

Tempat Kedua 

Wang Tunai RM600.00

Tempat Ketiga

Wang Tunai RM400.00

Untuk makluman terkini / lanjut, layari : PERTANDINGAN MASKOT RTM

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 days ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 days ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 days ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

1 month ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

1 month ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago