Categories: Terkini

PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN SEKOLAH RENDAH

Terbuka: Kanak-kanak di Malaysia 7 – 12 tahun.

Sertai sekarang!
PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN SEKOLAH RENDAH. Klik pautan untuk penyertaan https://forms.gle/gxc9jrLe6VrZhAeB9
.
.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
.
1. Pertandingan adalah terbuka kepada pelajar sekolah rendah di seluruh Malaysia.
2. Peserta perlu menulis karangan mengikut kategori umur dan tajuk iaitu :
I) Kategori A : 7- 9 tahun
Tajuk Karangan : Aku sebuah telefon bimbit
II) Kategori B : 10-12 tahun
Tajuk karangan : “PDPR – Pengalaman yang tidak boleh dilupakan”.
3. Karangan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

4. Panjang karangan adalah diantara 150 hingga 250 patah perkataan.
5. Jumlah perkataan mestilah ditulis di penghujung bawah hasil karya.
6. HADIAH YANG DITAWARKAN :
JOHAN WANG TUNAI RM150.00 X 2 KATEGORI + E-SIJIL
NAIB JOHAN WANG TUNAI RM120.00 X 2 KATEGORI + E-SIJIL
TEMPAT KE-3 WANG TUNAI RM100.00 X 2 KATEGORI + E-SIJIL
10 SAGUHATI WANG TUNAI RM50.00 x 2 KATEGORI + E-SIJIL


7. E-Sijil akan diberikan kepada setiap penyertaan. E-sjil akan diberikan secara berperingkat dan selewatnya 31 Januari 2022. Sekiranya peserta tidak memperolehi selepas dari tarikh 31 Januari 2022, sila maklumkan kembali kepada urus setia melalui Yahoo Mesenger ataupun whatsapp

8. Setiap penyertaan yang dikemukakan akan menjadi hak milik penganjur.
9. Penganjur berhak sepenuhnya untuk untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan mana-mana karya peserta dan pemenang pada mana-mana laman web, pameran, portal, media social atau blog atas tujuan promosi oleh pihak penganjur.
10. CARA PENGHANTARAN PENYERTAAN
Peserta perlu menghantar karangan melalui online dengan kaedah berikut:
I) Google Form.
• Peserta boleh menggunakan kaedah MENAIP di ruangan yang disediakan di google form.
-ATAU-
II) Taip di Microsoft Word dan dimuat naik ke google form.

(Pautan google form : https://forms.gle/gxc9jrLe6VrZhAeB9)
III) Facebook page Perpustakaan Kanak-Kanak & Perpustakaan Samsung Perlis
Anda perlu Copy & Paste karangan anda di facebook page Perpustakaan Kanak-Kanak bagi tujuan promosi dan galakan membaca kepada yang lain.
Pautan https://www.facebook.com/1187428831391773/posts/2340604566074188/


11. Setiap hasil penyertaan mestilah asli, hak milik sendiri, terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan bercetak mahupun elektronik atau dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan atau menarik balik hadiah sekiranya tidak memenuhi dan melanggar perkara-perkara yang dinyatakan tersebut.
12. Nama pemenang akan dihubungi oleh urus setia dan akan diumumkan di facebook Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan facebook Perpustakaan Kanak-Kanak & Perpustakaan Samsung Perlis SELEWATNYA 31 JANUARI 2021.
13. Pihak penganjur berhak meminda apa jua peraturan atau syarat yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.
14. Keputusan panel hakim adalah muktamad.


15. TARIKH TUTUP PERTANDINGAN
Tarikh tutup pertandingan SEBELUM atau PADA 31 Disember 2021.
SEBARANG PERTANYAAN :
Pn. Zairina Hashim
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar
Perlis
04-9764436 (Pejabat)
0174696110 (H/P)

admin

Recent Posts

A Breakdown of what Claude Can Help You With

Claude was developed by Anthropic, an AI safety research company founded in 2021 by former…

18 hours ago

MEMAHAMI KEBAIKAN CLAUDE AI

Apa yang Claude Boleh Bantu Saya 1. Kemahiran Bahasa & Penulisan Yang Hebat Mendraf Artikel,…

18 hours ago

Persediaan PKSK: Bagaimana Ibu Bapa Boleh Menjadi ‘Tulang Belakang’ Terbaik Anak?

Musim Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) kembali lagi. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di…

7 days ago

Panduan Poket RM500 Sebulan untuk Mahasiswa Malaysia

The Student Budget Framework: Source: EasyUni Sekadar Bertahan atau Mampu Berdikari? Panduan Poket RM500 Sebulan…

7 days ago

Telefon Pintar Terbaik Bawah RM500 di Malaysia untuk Pelajar (Edisi 2026)

Redmi 15C. Source: Xiaomi Menjadi seorang pelajar di Malaysia bermakna anda perlu bijak menguruskan timbunan…

7 days ago

PERTANDINGAN BOOK CHARACTER SEMPENA HARI BERSAMA PELANGGAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK SIBU

Adik-adik suka watak dalam buku cerita? Inilah masanya untuk menghidupkan imaginasi dan tampil sebagai watak…

1 week ago