Categories: Terkini

PERTANDINGAN MENULIS ESEI BERSEMPENA DENGAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2021 PERINGKAT SEKTOR INDUSTRI KHUSUS

Pertandingan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 13 – 17 tahun

1. Pertandingan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 13 – 17 tahun (remaja) kecuali keluarga urus setia pertandingan.
2. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 15 September 2021.
3. Peserta bebas menentukan tajuk esei tetapi mestilah bertepatan dengan tema “Kenangan Menaiki Kereta Api KTMB”.
4. Penyertaan adalah PERCUMA.
5. Setiap peserta dibenarkan menghantar SATU PENYERTAAN sahaja.
6. Panjang esei hendaklah antara 300 hingga 700 patah perkataan yang ditulis dalam bahasa Melayu.
7. Karya yang dihantar hendaklah karya asli yang tidak diciplak atau diambil daripada mana-mana sumber serta belum pernah disiarkan oleh pihak lain.
8. Karya yang dihasilkan tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama, tidak berunsurkan politik, dan bebas daripada unsur negatif.
9. Peserta memberi jaminan bahawa apa-apa bahan penerbitan semasa menghasilkan karya tidak melanggar mana-mana hak cipta yang ada dan tidak melanggar mana-mana undang-undang atau yang mengaibkan. Sekiranya berlaku kemungkiran jaminan ini, penganjur tidak akan bertanggungjawab dan segala kerugian ditanggung oleh peserta.
10. Penganjur berhak berkongsi karya yang terpilih untuk penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sama ada karya dalam bentuk bercetak atau dimuat naik ke dalam media sosial rasmi tanpa sebarang tuntutan oleh peserta.
11. Penganjur mempunyai hak milik mutlak ke atas karya yang dihantar oleh peserta.
12. Sebarang kos dalam menghasilkan karya ditanggung oleh peserta.
13. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas segala kehilangan harta benda, kemalangan, kecederaan atau kematian sewaktu penghasilan karya oleh peserta.
14. Karya akan dinilai berdasarkan kriteria yang berikut:
a) Keaslian
b) Kejelasan dan Ketelitian Pola Bahasa
c) Gaya Bahasa dan Teknik Penyampaian
d) Kreativiti dan Impak
15. Keputusan panel juri adalah muktamad.
16. Urus setia pertandingan berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan.

TATACARA PENGHANTARAN KARYA

1. Peserta melengkapkan borang penyertaan di bawah.
2. Peserta menyediakan penulisan esei bertaip mengikut format seperti yang berikut:
a) Jenis dan saiz rupa taip Arial bersaiz 12 dengan langkau baris 1.5 dan penjajaran Justified pada fail MsWord.
b) Salinan lembut (softcopy) disimpan sebagai fail berformat PDF.
c) Fail karya dinamakan dengan nama penuh peserta seperti “NurasmidarZamanhur.”
3. Hasil karya ini dimuat naik menerusi borang di bawah.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, peserta boleh menghubungi urus setia melalui talian 03 – 22671200 atau e-mel dbksik2021@gmail.com

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago