Categories: Terkini

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK PERINTIS SENI JOHOR 2021

Program Perintis Seni Johor 2021 yang bertemakan ‘Inspirasi Norma Baharu”

Tarikh Tutup : 30 Ogos 2021

Pertandingan mewarna secara dalam talian diadakan bagi kanak-kanak di peringkat tadika dan sekolah rendah melalui Program Perintis Seni Johor 2021 yang bertemakan ‘Inspirasi Norma Baharu”.

Program ini diadakan sepenuhnya secara dalam talian bagi meningkatkan kesedaran dan kepentingan pembudayaan norma baharu dalam menangani Covid 19 serta bagi pembangunan modal insan yang peka terhadap penggunaan aplikasi media elektronik di kalangan masyarakat melalui pertandingan mewarna lukisan yang disediakan oleh Yayasan Warisan Johor.

Sebanyak tiga (3) kategori dipertandingkan.

Kategori A (4-6 Tahun)

Kategori B (7-9 Tahun)

Kategori C (10-12Tahun)

Pertandingan ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada kanak-kanak berumur dari 4 tahun hingga 12 tahun.
• Peserta diminta mewarna lukisan yang disediakan oleh Yayasan Warisan Johor. Lukisan ini boleh diperolehi di ruangan Muat Turun Lakaran (Lukisan) di halaman ini. Hanya lakaran (lukisan) yang diperoleh dari laman sesawang ini sahaja yang akan di nilai.
• Peserta hendaklah memuat turun lukisan tersebut bersaiz A4 (minima) dan mewarnakannya. Penggunaan pensel warna, oil pastel atau digital paint dibenarkan mengikut kreativiti.
• Peserta diminta untuk mengimbas (scan) atau mengambil gambar (snap) hasil karya dan kemukakan gambar karya beserta biodata ringkas dalam Borang Pendaftaran yang disediakan.
• Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat ditetapkan.
• Hasil lukisan adalah menjadi hak milik penganjur. Keputusan juri/hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan/rayuan tidak akan dipertimbangkan.

HADIAH

Penyertaan
Semua peserta akan menerima sijil penyertaan dalm bentuk e-sijil bagi setiap penyertaan yang lengkap.

Hadiah berupa wang tunai beserta sijil penyertaan.

Kategori A (4-6 Tahun)
• PERTAMA Wang Tunai RM 100.00
• KEDUA Wang Tunai RM 70.00
• KETIGA Wang Tunai RM 50.00

Kategori B (7-9 Tahun)
• PERTAMA Wang Tunai RM 150.00
• KEDUA Wang Tunai RM 100.00
• KETIGA Wang Tunai RM 70.00

Kategori C (10-12Tahun)
• PERTAMA Wang Tunai RM 200.00
• KEDUA Wang Tunai RM 150.00
• KETIGA Wang Tunai RM 100.00

Untuk maklumat lanjut dan terperinci, peserta haruslah membaca dan memahami syarat dan cara / kriteria yang dipertandingankan. Klik pautan butang di bawah :

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

6 days ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

6 days ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

6 days ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago