Penyertaan dibuka 28 Julai β 31 Ogos 2021
3 Hadiah Menarik Menanti Anda!
Terma dan syarat:
1. Terbuka kepada Individu yang mempunyai akaun IG
2. Set akaun anda kepada βpublicβ
3. Masukkan elemen inovasi akar umbi dan Hari Kemerdekaan dengan beraspirasikan 4IR dan Rangka Kerja 10-10 MySTIE di dalam video anda. Layari laman web YIM untuk rujukan.
4. βFollowβ media sosial YIM (FB & IG) dan βtagβ 3 rakan anda
5. Muatnaik video Reels Instagram anda dan βtagβ @yayasaninovasi
6. Anda boleh rujuk contoh video dan sebarang pertanyaan boleh hubungi sekretariat YIM 0189233598 (Amira)3 Pemenang yang mempunyai banyak LIKES di video reels akan dihubungi oleh sekretariat YIM bagi menerima HUAWEI SMART 10 PRO 4G LITE HD!
Rujukan
Golongan akar umbi adalah individu seperti kanak-kanak, belia, wanita, orang kelainan upaya, badan bukan kerajaan, masyarakat luar bandar dan juga golongan B40.
Apa itu Inovasi Akar Umbi?
β’ Produk atau perkhidmatan inovatif yang dibangunkan oleh golongan B40 untuk memenuhi keperluan asas dan mengatasi cabaran hidup.
β’ Inovasi diterajui komuniti untuk mencapai kelestarian hidup yang sering mengalami kesukaran untuk berkembang luas ke pasaran terbuka.
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi melalui Program Mengarusperdana Inovasi Akar Umbi (MaGRIs). Inisiatif ini menambah nilai produk inovasi daripada pembangunan prototaip kepada pra-pengkomersialan dari tahap Technology Readiness Level (TRL) 3 ke tahap TRL 6.
MaGRIs dilaksanakan bagi mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersilan inovasi akar umbi dimana ia turut merangkumi penyediaan peluang pembinaan kapasiti kepada inovator akar umbi tempatan. Program ini menambah nilai produk inovasi daripada pembangunan prototaip ke prapengkomersilan.
Untuk maklumat lanjut mengenai program MaGRIs, layari www.yim.my dan www.magris.innomap.my
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin telah melancarkan dua inisiatif nasional iaitu Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE) bagi melonjakkan peranan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara dalam pertumbuhan ekonomi bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi .
NTIS telah tersenarai antara 10 Program Lonjakan STIE melalui DSTIN yang dijangka akan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar dan buruh asing serta membantu negara mencapai matlamat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM3.4 trilion menjelang 2030.
NAM TERAS DSTIN 2021-2030
Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 menggariskan 6 teras, 20 strategi, 46 inisiatif dan 10 lonjakan STIE dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi negara yang adil dan inklusif.
1οΈβ£ Tadbir Urus STI yang Responsif
2οΈβ£ Pembangunan Teknologi Melalui R&D&C&I
3οΈβ£ Industri Berasaskan Teknologi Tempatan
4οΈβ£ Bakat STI yang Adaptif
5οΈβ£ Pembudayaan dan Pengaplikasian STIE
6οΈβ£ Keunggulan Global
DASAR REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT (4IR) NEGARA
Dasar 4IR Negara merupakan dasar negara yang menyeluruh untuk memacu usaha bersepadu dalam mentransformasi pembangunan sosioekonomi negara melalui penggunaan teknologi 4IR yang beretika. la menyokong dasar-dasar pembangunan negara seperti RMKe-12 dan WKB 20302.
la juga melengkapi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia dalam mendorong pembangunan ekonomi digital. Dasar ini menggariskan bidang fokus utama yang memberi kesan kepada rakyat, perniagaan dan kerajaan, bagi memanfaatkan peluang pertumbuhan dan menangani risiko yang wujud daripada 4IR.
Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…
Tukarkan Idea Anda Menjadi Impak Sebenar! Hadiah Wang Tunai sehingga RM20,000.00 !! Kepada semua mahasiswa…
Skim Khairat Kematian (SKK) ialah program bantuan kewangan bagi tujuan pengurusan kematian di Malaysiaβyang disediakan…
Tema: "Taman Angkasa: Penanaman Makanan di Angkasa" "Space Garden: Growing Food in Space" Pendaftaran dibuka…
Tune Talk NextGEN, satu pertandingan yang mengajak pelajar di Malaysia menghasilkan iklan kreatif menggunakan kecerdasan…
Claude was developed by Anthropic, an AI safety research company founded in 2021 by former…