Categories: Terkini

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Dengan Teknologi AR Pertama di Malaysia anjuran Universiti Malaysia Sabah.

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Dengan Teknologi AR Pertama di Malaysia sempena Bulan STEM Kebangsaan 2021.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak dengan teknologi AR buat pertama kalinya di Malaysia. Ianya sangat mengujakan dan ditawarkan untuk kanak-kanak Pra-Sekolah di seluruh Malaysia untuk sertai. Ia merupakan anjurkan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak FPP, Pusat E-Pembelajaran UMS, Industri Cendawan Cerah Sdn. Bhd. dengan kerjasama Sabah Institute of Art (SIA).

Dengan Tajuk Cintai Alam Kita bertemakan Dunia Cendawan, dibuka mulai 9 Ogos 2021 sehingga 25 Ogos 2021. Ia juga menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang beserta sijil seperti berikut :

HADIAH

Pemenang Pertama : RM300 dan E- Sijil Penyertaan

Pemenang Kedua : RM200 dan E-Sijil Penyertaan

Pemenang Ketiga : RM100 dan E-Sijil Penyertaan

Saguhati x 20 pemenang : RM50 dan E-Sijil Penyertaan.

*** SEMUA PESERTA AKAN MENERIMA E-SIJIL PENYERTAAN***

Menurut Dekan FPP UMS, Prof. Madya Dr. Sabariah Sharif, penggunaan teknologi AR, pertandingan yang bersifat 3 dimensi (3D) membolehkan kanak-kanak dapat meneroka teknik mewarna cara baharu disamping semangat cintakan negara. Ternyata ia boleh memupuk budaya Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan kanak-kanak sejak di peringkat awal. Peringkat umur mereka sesuai sebagai suatu pendedahan bagi menyemarakkan minat terhadap program STEM.

CARA PENYERTAAN

Para peserta , ibubapa atau guru disarankan untuk membaca syarat dan cara penyertaan dengan teliti.

  1. Muat turun gambar dari pautan diberi (di bawah)
  2. Warnakan menggunakan pensel warna mengikut kreativiti pelajar.
  3. Rujuk video demo (Youtube) sebagai panduan bagi mereka yang mempunyai kekeliruan yang dibawah.
  4. Kemudian klik pautan untuk muat turun aplikasi AR percuma.
  5. Imbas gambar cendawan tersebut menggunakan aplikasi AR.
  6. Muat naik di borang yang perlu diisi sebagai pendaftaran bersama-sama hasil karya kanak-kanak di pautan diberikan. Keputusan pemenang pertandingan akan diumumkan pada 31 Ogos 2021

PAUTAN UNTUK MUAT TURUN GAMBAR (PDF) DAN DOWNLOAD/INSTALL APLIKASI AR SERTA PENDAFTARAN (MUATNAIK HASIL KARYA)

Anda juga perlu mengikuti laman Facebook Pendidikan Awal Kanak-kanak UMS untuk mengetahui pengumuman pemenang pada 31 Ogos 2021.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Dr. Connie Cassy Ompok (connieompok@ums.edu.my), Prof. Madya Ts. Dr. Edmund Ng (nggiapweng@ums.edu.my) dan Dr. Nur Suhaidah Sukor (nursuhaidahsukor@ums.edu.my).

Jom ! Jangan lepaskan peluang ini !

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago