Inisiatif melestarikan kreativiti dan kemahiran belia dalam seni pertukangan logam halus. Ianya juga merupakan pengiktirafan kepada rekaan dan penghasilan produk yang mempunyai nilai estetika dan komersial. Semoga pertandingan ini menjadi landasan perkongsian kepakaran, kreativiti dan inovasi dalam kalangan semua pihak.

TERMA dan SYARAT

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun hingga 30 tahun.
  3. Penyertaan adalah secara individu.
  4. Penyertaan produk WAJIB menerapkan NILAI-NILAI WARISAN, sama ada dalam aspek motif, warna, teknik pembuatan, amalan budaya dan lain-lain.
  5. Konsep pertandingan adalah – Reka dan Bina (RENA) – dari konsep ke realiti.
  6. Pertandingan adalah mereka bentuk dan menghasilkan sebuah LOKET.
  7. Pertandingan terbahagi kepada dua peringkat.
  8. Penyertaan saringan peringkat pertama perlu menghantar konsep rekaan yang menggunakan bahan mentah perak (silver) tidak melebihi 30 gram.
  9. Penghasilan produk hendaklah menggunakan kaedah pembentukan tangan seperti yang termaktub dalam definisi kraf tangan yang digariskan oleh UNESCO. Penggunaan perkakasan atau mesin dibenarkan selagi mana pembentukan tangan menjadi komponen utama dalam pembuatan produk.
  10. Idea reka bentuk perlulah asli daripada peserta dan bukannya hasil tiruan. Walau bagaimanapun, ilham inspirasi daripada produk sedia ada adalah dibenarkan.
  11. Perlindungan idea reka kraf (Akta Perlindungan Harta lntelek) adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
  12. Produk tidak pernah menerima apa-apa anugerah sebelum ini dari mana-mana pihak atau pertandingan dalam dan luar negara.
  13. Pihak penganjur berhak melantik panel-panel penilai bagi tujuan penilaian produk dan keputusan adalah muktamad. Borang yang tidak lengkap dikira GAGAL.
  14. Segala kos penyertaan, penghantaran dan pemulangan produk adalah di bawah tanggungan peserta dan bagi peserta yang tidak mendapat tempat dalam pertandingan boleh menuntut produk dalam masa 30 hari selepas pengumuman pemenang pertandingan akhir.
  15. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan termasuklah kos kerosakan atau kehilangan produk sebelum atau selepas penyertaan dan penghantaran produk.
  16. Sebarang ganti rugi tidak boleh dituntut daripada pihak penganjur. Produk pemenang tempat pertama hingga tempat ketiga dan lima hadiah sagu hati akan menjadi hak milik penganjur.
  17. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan atau membatalkan kemenangan sekiranya terdapat bukti pelanggaran syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

PROSEDUR PERTANDINGAN

PERINGKAT SARINGAN

  1. Setiap penyertaan perlu mempunyai :
    1. Tema
    2. Konsep
    3. Lukisan Persembahan tiga dimensi. Lukisan Persembahan perlu dibuat di atas kertas A4
    4. Keterangan produk (350 – 500 patah perkataan)
  2. Penyertaan hendaklah dihantar sebelum 30 November 2024.
  3. Peringkat saringan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:
    1. Kecemerlangan (Excellence)
    2. Keaslian (Authenticity)
    3. Komersil (Commercial)
    4. Persembahan (Presentation)

PERINGKAT AKHIR

  1. Hanya lapan (8) penyertaan yang melepasi penilaian di peringkat saringan akan dipilih ke peringkat akhir.
  2. Penyertaan yang terpilih perlu menyiapkan produk loket dalam masa lapan (8) jam di lnstitut Kraf Negara.
  3. Bahan mentah perak (silver), perkakasan dan mesin akan disediakan oleh IKN.
  4. Urus setia akan menghubungi peserta sebelum peringkat akhir.
  5. Peringkat akhir akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:
    1. Ketukangan (Craftmanship)
    2. Kelestarian (Sustainability)
    3. lnovasi (Innovation)
    4. Pembentangan (Presentation)

HADIAH PERTANDINGAN

TEMPAT PERTAMA RM3,000.00 berserta Trofi & Sijil
TEMPAT KEDUA RM2,000.00 berserta Trofi & Sijil
TEMPAT KETIGA RM1,000.00 berserta Trofi & Sijil
5 HADIAH SAGU HATI RM500.00 berserta Trofi & Sijil


Sila muat turun borang penyertaan dan emelkan kepada coe@kraftangan.gov.my


Sila hantarkan borang penyertaan ini bersama konsep dan keterangan rekaan kepada :

URUS SETIA
Pertandingan Pereka Kraf Muda Barang Kemas

Pejabat Pusat Kecemerlangan Kraf
lnstitut Kraf Negara,
No.1 KM 20, Jalan lpoh-Rawang,
Taman Rekreasi Templer,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 603 – 6091 5322
Fax : 603 – 6092 6072

Portal Rasmi : https://www.ikn.edu.my

ATAU e-mel kepada coe@kraftangan.gov.my

Setiap penyertaan yang dihantar akan menerima emel balasan sebagai pengesahan penerimaan secara rasmi daripada urus setia.

PERTANYAAN :

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :
En. Muhamad Azhar Bin Ismail : 017-6364 287
En. Mohd Noor lrdzany Bin Noh : 019-5599 295

Leave a Reply