Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971 (Akta 29) yang pada awalnya dikenali sebagai Majlis Sukan Kuala Lumpur. MSWP kemudiannya diperbadankan sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan berkuat kuasa pada 1 April 2012 selaras dengan Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan) 2006. MSWP bertindak sebagai badan induk yang menyelaras pembangunan sukan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
LOGO MSWP (2012)
Logo WIPERS (Wilayah Persekutuan) dicipta pada tahun 2012 berasaskan warna bendera Wilayah Persekutuan dengan tagline Excellentiam Par Conatus (Usaha Asas Kecemerlangan).
MSWP mempelawa mereka yang berbakat dan kreatif untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo MSWP mengikut ketetapan dan maklumat berikut:
Tarikh tutup penyertaan : 21 Januari 2024
Untuk penyertai, sila ke : LAMAN PENDAFTARAN