
Program Agropreneur Muda ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ia bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.
Objektif Program
Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:
- Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
- Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
- Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
- Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.
Skop Program
Program Agropreneur Muda dikhususkan untuk golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian bagi projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan, dan Industri Makanan. Skop utama seperti berikut:
- Tanaman
- Perikanan
- Ternakan
- Industri Makanan Dan Asas Tani
- Agroteknologi
Kumpulan Sasar
Individu warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang layak dipertimbangkan untuk bantuan Geran Agropreneur Muda.

π£π₯π’π¦ππ¦ π£ππ₯π π’ππ’π‘ππ‘ πππ₯ππ‘ πππ₯π’π£π₯ππ‘ππ¨π₯ π π¨ππ
Berikut merupakan carta alir proses permohonan Geran Agropreneur Muda.
Muat turun borang di pautan berikut.![]()
![]()
![]()
Lampiran 1 – Borang Pendaftaran UAM
https://www.mafs.gov.my/…/e8920b05-d213-46bb-a3b1…
Lampiran 2 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
https://www.mafs.gov.my/…/8b8743b0-3bfe-4a19-8370…
Laman Web Agropreneur Muda :
https://www.mafs.gov.my/agropreneur-muda