- Pertandingan mereka, melukis dan mewarna poster berkaitan kecekapan tenaga, keselamatan elektrik/ gas dan aktiviti berkaitan Suruhanjaya Tenaga.
KATEGORI
- Terdapat 1 kategori dan setiap kategori akan dibahagikan kepada sub-kategori seperti berikut:
JENIS PENYERTAAN
- Penyertaan adalah secara individu melalui sekolah rendah dan dihantar secara berkelompok kepada Urus Setia.
SYARAT PENYERTAAN
- Warganegara Malaysia.
- Terbuka untuk sekolah di Semenanjung, Sabah dan WP Labuan.
- Bersekolah di sekolah yang menghantar penyertaan.
- Peserta adalah seorang pelajar di sekolah rendah tersebut bagi kalendar akademik sesi 2023/2024.
- Sekolah bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi bagi pihak peserta.
- Mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
- Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap peserta.
- Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
- Nama, nombor kad pengenalan peserta dan nama sekolah haruslah ditulis di bahagian bawah kanan poster.
- Setiap poster mestilah mempunyai perkataan SURUHANJAYA TENAGA dan ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 2023.
- Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
- Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
- Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.
TEMA
- Tema bagi setiap sub-kategori adalah seperti berikut:
FORMAT HASIL PERTANDINGAN
- Poster hendaklah dilukis secara fizikal dan dalam bentuk landscape.
- Menggunakan pensel/ pensel warna/ krayon/ cat air/ cat minyak.
- Menggunakan kertas atau canvas bersaiz A3 sahaja (297 x 420 mm).
TARIKH TUTUP
- Sekolah WAJIB mengisi Borang Penghantaran Hasil Pertandingan melalui atas talian sebelum atau pada 15 September 2023. Hasil lukisan poster hendaklah dimuat naik dalam borang penghantaran hasil pertandingan dalam bentuk gambar.
- Hasil pertandingan secara hardcopy bagi kategori #POSTER-DRAWING-CHALLENGE hendaklah diposkan ke Urusetia EE Challenge 2023 sebelum atau pada 15 September 2023 ke alamat seperti berikut:
URUSETIA EE CHALLENGE 2023
Jabatan Operasi Industri
Suruhanjaya Tenaga
No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2,
62100 Putrajaya WP Putrajaya.
HADIAH
- Hadiah adalah milik pelajar sekolah rendah yang menyertai kategori #posterdrawingchallenge
- Terdapat 2 sub-kategori dan pemenang akan memenangi hadiah seperti berikut:
Nota:
- Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
- Sekolah yang menghantar penyertaan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hadiah yang dimenangi dan menyerahkan kepada pemenang.
SEBARANG MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI : LAMAN PENGANJUR