
Tujuan | : | Untuk merangsang minat dan mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam bidang seni lukis |
Penganjur | : | Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia |
Penganjur Bersama | : | 1. Persatuan Alumni Unuversiti National Taiwan Normal, Malaysia. 2. Persatuan Alumni Siswazah Universiti Pendidikan Nasional Taiwan Changhua, Malaysia. 3. Persatuan Alumni Siswazah-Siswazah Universiti Kebangsaan Seni Taiwan 4. Persatuan Alumni Universiti Chinese Culture Taiwan, Malaysia. 5. Persatuan Siswazah Universiti Tunghai Taiwan, Malaysia. |
Tema | : | Sambutan Perayaan Masyarakat Malaysia ( karya-karya lukisan mestilah asli dan bukan tiruan, tidak mengandungi kandungan negatif yang melampau seperti pornografi dan perkauman serta unsur keganasan. ) |
Kategori Peserta | : | 1. Sekolah Menengah Persendirian (Senior 1, 2, 3) 2. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Tingkatan 4, 5, 6 ) 3. Sekolah Menengah Kebangsaan (Tingkatan 4, 5, 6) |
Syarat -Peserta | : | 1. Bayaran tiada dikenakan. 2. Tiada had jumlah bilangan karya bagi setiap sekolah, tetapi terhad kepada 1 karya untuk setiap peserta. 3. Lengkapkan borang penyertaan dan tampal di belakang karya bersama-sama chop sekolah. 4. Karya-karya hendaklah dihantar kepada alamat di bawah : Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia NO.9-B, JALAN SS 2/64, 47300 PETALING JAYA, SELANGOR ( Sila catatkan ” Pertandingan Seni Lukis Sekolah MenengahKebangsaan Ke-4″ pada sampul surat ) |
Spesifikasi Karya | : | 1. Saiz : minima 37cm X 27cm, maksima 42cm X 59cm (A2) 2. Media : Pilihan bebas, Hanya karya-karya dihasilkan secara manual akan diterima. 3. Karya yang tidak menepati syarat-syarat secara automatik tidak layak mengambil bahagian. |
Tarikh Akhir (Pendaftaran & Penghantaran) | : | 30 September 2022 (tertakluk pada cop pos) |
Tarikh Pameran & Penyampaian Hadiah | : | Akan dimaklumkan kemudian. |
Hadiah | : | 1. Hadiah Terbaik (hadiah RM2000 setiap pemenang dengan sijil). 2. 10 Hadiah Cemerlang (hadiah RM500 setiap pemenang dengan sijil) 3. 40 hadiah sagu hati (Sijil)Pemenang-pemenang akan disyorkan dan disokong permohonan ke universiti-universiti di Taiwan dalam kursus seni lukis dan seni reka. Keputusan kemasukan muktamad tertakluk kepada universiti-universiti yang dimohon di Taiwan. |
Panel juri | : | 5 orang artis profesyonal tempatan , dan keputusan Panel juri adalah muktamad. |
Lain-lain hal | : | 1. Pihak penganjur berhak meminda syarat-syarat pertandingan. 2. Semua karya menang akan menjadi milik penganjur, dan penganjur berhak menggunakan karya-karya tersebut untuk mencetak, menerbit dan menyebar untuk tujuan penggunaan Pendidikan. 3. Jika peserta ingin mengambil balik karya yang tidak menang atau terpilih, maka sila lampirkan sampul surat yang lengkap dengan alamat serta setem. 4. Sebarang aduan tidak akan dilayani. |