Program Low Touch High Impact (LOTHI) 2022 merupakan Signature Program bersempena Minggu Sains Negara (MSN) 2022 bertemakan ‘Inovasi Sosial’ di bawah kelolaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan objektif mengenalpasti inovasi yang mampu milik, berimpak tinggi, mesra pengguna dan bercirikan norma baharu yang boleh memanfaatkan seluruh masyarakat.

Pelaksanaan LOTHI 2022 yang diadakan atas talian adalah untuk membangunkan produk inovasi yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan serta memberi pengiktirafan kepada inovasi dan inovator di Malaysia.

Kategori Penyertaan:

  • Terbuka
  • IPTA/IPTS
  • Pelajar Sekolah Rendah
  • Pelajar Sekolah Menengah

Kategori Inovasi:

  • Sekuriti makanan
  • Kenderaan Pintar
  • Agroteknologi
  • Bandar Pintar
  • Alam Sekitar & Biodiversiti

Kriteria Penyertaan:

  1. Produk inovasi mempunyai kualiti yang baik
  2. Mampu milik oleh semua golongan
  3. Memanfaatkan golongan terpinggir seperti penduduk kawasan luar bandar dan orang kurang upaya
  4. Jangkauan sasaran pengguna produk yang luas
  5. Persaingan yang mampan dan berterusan dengan produk yang telah berada dalam pasaran

Cara Penyertaan:

Peserta hendaklah mendaftar permohonan secara atas talian melalui pautan:

https://forms.gle/NLnti8nC18D9qrE2A

dengan melengkapkan butiran yang diperlukan beserta link video pendek (google drive) yang berdurasi di antara 1 sehingga 3 minit.

Terma dan Syarat:

> Peserta secara individu atau berkumpulan

> Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia

Para peserta perlu mendaftar penyertaan melalui pautan:

https://forms.gle/NLnti8nC18D9qrE2A bermula pada 1 Julai 2022 sehingga 24 Julai 2022.

Syarat inovasi mestilah merangkumi aspek INOVATIF dan NORMA BAHARU.

Jawatankuasa Penganjur akan memelihara hak menerima atau menolak penyertaan pertandingan tanpa memberikan penjelasan.

Produk inovasi mestilah sekurang- kurangnya dalam bentuk replika/prototaip.

Leave a Reply