SYARAT & PANDUAN PERTANDINGAN PENULISAN KHUTBAH ANJURAN ZAKAT PULAU PINANG
Syarat Pertandingan
- Terbuka kepada seluruh warga Pulau Pinang atau bermastautin di Pulau Pinang.
- Kakitangan Zakat Pulau Pinang TIDAK layak menyertai pertandingan penulisan ini.
- Penyertaan adalah dalam bentuk individu.
- Seorang peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
- Semua karya mestilah asli dan tidak diciplak daripada mana-mana terbitan.
- Setiap teks khutbah yang terpilih akan menjadi hak milik penganjur dan pihak
penganjur berhak untuk menyunting, menerbit, mencetak dan mengulang siar. - Teks khutbah hendaklah ditaip dengan tulisan RUMI dalam BAHASA MELAYU.
- Setiap peserta hendaklah menghantar teks khutbah mengikut format berikut :
i. Memenuhi rukun-rukun khutbah.
ii. Menggunakan jenis tulisan (font) Arial bersaiz 12.
iii. Jarak antara baris (spacing) : 1.5
iv. Jumlah muka surat di antara 5-6 muka surat (tidak lebih 12 minit tempoh
bacaannya). - Penghantaran teks khutbah kepada urusetia pertandingan hendaklah dalam format
Microsoft word dan PDF. - Setiap penghantaran perlu disertakan tajuk khutbah, nama penuh, alamat rumah
dan nombor telefon penulis. - Jawatankuasa pertandingan berhak meminda atau mengubah syarat penyertaan
tanpa sebarang notis. - Tema penulisan khutbah adalah umum berkaitan ibadah zakat.
- Tarikh tutup pertandingan adalah SEBELUM / PADA 30 NOVEMBER 2021
(SELASA). - Alamat emel penghantaran teks khutbah : penulisan@zakatpenang.com
- Keputusan pertandingan adalah muktamad.
Tarikh Akhir Penghantaran Teks : 30 November 2021 (Selasa)
Untuk maklumat lanjut pertandingan sila :